:::  ONEXOX - SEASON PASS :::
     
    Yang  ditunggu bakal tiba. Onexox dengan bangganya bakal melancarkan ONEXOX SEASON  PASS. Khas buat semua warga Onexox yang disanjungi, nikmatilah lebih penjimatan  dan kehebatan data berkelajuan tinggi Onexox apabila anda melanggan pakej-pakej  ONEXOX SEASON PASS.
     
    
     
     
     
    FAQ  (Season Pass untuk ONEXOX)
    - 1.             Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?
 
    Semua  pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United  Pack, XOX XinXun plan, and ONEXOX plan*) boleh menikmati keistimewaan Season  Pass.
    - 2.             Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
 
    Terdapat  empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:
    -            Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan  kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan  ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)
    -           Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat  pemelian melalui kad kredit atau perbankan internet.
    -           Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*139*4#) dimana anda akan dicaj melalui  kredit masa panggilan semasa. (Belum disediakan untuk pelanggan ONEXOX)
    -           Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
     NOTA: 
    Untuk  pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit  masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.
    - 3.             Apakah pelan Season Pass yang ditawarkan?
 
    Terdapat  3 kategori pakej Season Pass:
     
           |      Pakej    Season Pass      |          Data    (GB)      |          Masa    Berbual (minit)      |          SMS      |    
       |      Pakej    Masa Berbual      |                 |                 |                 |    
       |      SP V1      |                 |          350      |          50      |    
       |      SP V2      |                 |          700      |          100      |    
       |      SP V3      |                 |          1,400      |          150      |    
       |             |                 |                 |                 |    
       |      Pakej    Data      |                 |                 |                 |    
       |      SP D1      |          8      |          50      |                 |    
       |      SP D2      |          13      |          100      |                 |    
       |      SP D3      |          18      |          150      |                 |    
       |             |                 |                 |                 |    
       |      Pakej    Kombo      |                 |                 |                 |    
       |      SP C1      |          5      |          350      |          50      |    
       |      SP C2      |          10      |          700      |          100      |    
       |      SP C3      |          15      |          1,400      |          150      |    
  
     
     
     
     
     
    - 1.             Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa       berbual, data dan SMS dengan saya?
 
    Tiada  had.  Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid,  anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan  pada PENGHANTARuntuk setiap perkongsian yang berjaya.
    Penghantaran  berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap  perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234  (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)
    NOTA:
    Untuk  pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan  ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA.
    - 2.             Apakah had maksimum perkongsian?
 
           |      Masa    berbual      |          -             Tanpa Had      |    
       |      SMS      |          -             Tanpa Had      |    
       |      Data      |          -             10GB      |    
  
    - 3.              Berapa lamakah tempoh sah?
 
    Tempoh  sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.
    - 4.              Setelah saya membeli minit masa berbual dan SMS, bilakah tempoh       penggunaan bermula?
 
    Tempoh  penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS  (TEMPATAN SAHAJA).
     NOTA:
    - Untuk panggilan telefon ke       semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual       akan ditolak, bukan minit Season Pass.
 - Panggilan IDD jugak akan       ditolak seperti penggunaan normal.
 - Untuk penghantaran SMS ke       rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan       dikenakan.
 
    - 5.             Apakah caj blok bagi minit masa berbual bagi Season Pass?
 
    Caj blok  bagi Season Pass adalah 60 saat.
    - 6.             Setelah saya melanggan data, bilakah tempoh penggunaan bermula?
 
    Tempoh  penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh,  apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun  XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru  (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).
     *Pelanggan  XOX Prepaid (#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX  XinXun plan) harus mengikut arahan langganan data semasa sebagai contoh, DATA  M500MB. Pelanggan ONEXOX harus mengikut arahan langganan yang ditetapkan  sebagai contoh 1XD500.
    NOTA:  Promosi pakej data semasa  tidak dibenarkan menggunakan Season Pass.  Selepas anda mengaktifkan Data  Promo, kredit masa berbual anda akan ditolak seperti biasa.
    - 7.             Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun pra bayar saya       telah disekat?
 - Anda tidak boleh meggunakan       Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS       mahupun data).
 
    NOTA:  Sekiranya pelan data anda  berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun  akaun pra bayar anda telah disekat.
    - 8.             Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Season Pass?
 - Melalui Menu USSD
 
    -           Pelanggan XOX Prepaid : Menu USSD (*132#  atau *139*1#)
    -           Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*150*4#)
     
    - Melalui SMS
 
    -           Pelanggan XOX Prepaid : Hantar BAL / SP BAL ke 23388
    -           Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111 / 23388
     
    - Melalui MyXOX app
 
    -           Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile
     
    - 9.              Bagaimana cara untuk mendapatkan kod PIN saya sekiranya saya       terlupa?
 
    -           Pelanggan XOX Prepaid : Hantar PIN ke 23388
    -           Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111 / 23388
    - Bagaimana cara untuk saya       dapatkan panduan pengguna sekiranya saya perlukan bantuan mengenai Season       Pass?
 
    Sila  hantar HELP ke 22111 / 23388 (Boleh digunakan oleh pelanggan XOX Prepaid  & ONEXOX)
     
    - Apakah Season Pass 'Happy       Hour'?
 
    Season  Pass 'Happy Hour' adalah promosi yang ditawarkan pada setiap hari Khamis 12pm –  4pm, walaubagaimanpun pakej mungkin berbeza mengikut promosi yang ditawarkan.